Monday, November 16, 2009

Al-Fatihah

Al-fatihah buat Cikgu Zainal Azmi, bekas guru di SK RPS kemar yang telah kembali ke rahmatullah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-fatihah….

Wednesday, September 30, 2009

Cadangan program

Salamx…em..dah masuk ari ke berapa ntah aku duk nunggu respon dari rakan2…yang ada hanya dari Tatak Redza je..Redza slalu gak lar sms aku bagi tau lbh krg pasal program yg nak dibuat nih..Stakat nih cadangan nk wat di Belum Resort dkt Banding tp kos bilik agak tinggi gak lar…so kalo kengkawan ada cadangan nk wat kat tmpt mana2…janji best…n murah…leh call Redza….hmmm

Monday, September 28, 2009

Assalamualaikum...

Ehem..hari ini, aku masih belum menerima maklumat rakan2 guru Kemar yang pernah berkhidmat dari tahun 1996..Harap2nya adalah sambutan, bukannye apa..aku ni ikhlas nak tolong dan nak menyatukan korang semua...tapi kalo korang semua tak respon..aku nak buat cam ner lagi..kenangan semasa bertugas kat Kemar tu masih lagi segar dalam ingatan.
Teringat aku pengalaman jalan kaki, naik bot..rasanya sekarang dah ok kot...banyak kisah suka dan duka semasa duduk di Kemar...nantilah aku citer lagi...la ni aku duk tunggu rakan2 anta email...x pun korang anta sms bagi tau nama,tahun bertugas di Kemar dan jugak tempat bertugas sekarang...korang leh kontek aku di line digi sembilan lima dua lima lima lima lapan... chow dlu...Salamx

Saturday, September 26, 2009

Maklumat ex teacher

Pihak kami masih dalam proses mengumpul maklumat guru-guru yang pernah berkhidmat di SK RPS Kemar bermula tahun 1996-2006. Kepada semua diharapkan dapat memberi kerjasama dengan menghantar maklumat kepada email saya untuk dipapar di blog. TQ


Nama : Mohd. Norhisyam bin Bakori (ex kemar pada 1996-1998)
Sekolah sekarang : SMK Bachok, Bachok Kelantan

Salam Perkenalan

Salam buat semua rakan-rakan yang dekat mahu pun jauh.
Blog ini dibina khas untuk menyatukan silaturrahim bekas guru yang pernah berkhidmat di SK RPS Pos Kemar, Gerik, Perak.

Adalah diharapkan agar hubungan yang terputus sejak sekian lama akan kembali terjalin. Di harapkan juga agar laman blog ini dapat menjadi medium untuk warga Kemar berkumpul di udara.

Sekiranya anda mempunyai maklumat yang boleh dikongsi bersama yang berkaitan dengan bekas-bekas guru Kemar, anda boleh berbuat demikian dengan menghantar email kepada saya di webmastezz(at)gmail.com.